Assalamualaikum! Kyaaaa!

Akhirnya aku dapat buat cerita ini! Aku mendapat inspirasi dan aku sangat determine untuk membuat cerita ini setelah aku mendengar lagu dari Aiman Tino, Ku rela dibenci. Ku harap aku dapat membuat cerita ini dengan eloknya seperti yang ku bayangkan.

Don't mind review kay?

Chapter 1

Ku Tertawa Kau menangis

Engkau tertawa Aku menangis

Hanya dirimu Oh sayangku

Boboiboy Taufan adalah seorang anak tunggal yang tinggal bersama kedua ibubapanya dalam kehidupan yang sederhana. Umur dia adalah 24 tahun. Kerja untuk menyara hidupnya adalah sebagai editor video di stesen penyiaran Pulau Rintis.

Kalian mesti juga ada yang berfikir adakah dia ini sudah kawin atau belum?

Sebenar dia belum berkahwin bahkan dia baru jatuh cinta selama 2 tahun kepada seseorang kawan menengah yang kini mereka masih bersama dan berjiran. Seseorang wanita yang manis, lembut hati dan selalu mudah sedih atau menangis jika sesuatu atau orang yang dikasihi berkelahi disebabkan perkara yang mudah diselesaikan.

Ya, nama wanita itu adalah Yaya Yah.

Di pagi yang cerah dan sejuk, Taufan sedang berjog. Dia memakai baju jaket biru terang berlengan biru muda, hoodie putih dan topi kegemaran dia yang digayakan senget. Untuk kasutnya, dia memakai kasut sneakers berwarna biru yang berjalur hitam.

Setelah beberapa jam dia berjog, dia bersepakat untuk pulang ke rumah kerana nanti petang dia akan berjumpa kawan-kawannya di cafe berdekatan. Semasa dia sedang berjalan dia tersempak dengan girlfriend dia, Yaya.

Yaya sedang berjalan dengan seluar sukannya mungkin dia sedang bersenam. Dia juga memakai baju T merah jambu yang berlengan merah dan kasut berwarna hitam. Dia juga memakai hijab merah jambu.

"Assalamualaikum Yaya." Salam Taufan yang sudah berada didepan kekasihnya.

"Waalaikumsalam, Fan." Balas Yaya.

"Kau sedang bersenam?"

"Ya."

"Ohh, kalau begitu aku tidak akan kacau kau. Lagipun aku nak pulang ke rumah ni. Jumpa lagi ya. Assalamu- Eh?" Terhenti percakapan Taufan yang kini dia sedang dipeluk oleh seseorang budak lelaki berumuran 10 tahun.

"Hai, abang Taufan!" Jerit budak itu.

"Hai, Totoitoy. Saya tidak sedar yang kamu ada di sini."

"Aku berada dibelakang kakak Yaya tadi."

"Ye ke? Aku pergi dulu ya." Katanya lalu mengusap hari adik Yaya.

"Baik!"

Tiba-tiba handphone Taufan berbunyi yang berlagu Di Bawah Langit Yang Sama dari band Masiv.

"Hello, ini Boboiboy Taufan." Perkenalkan nama dia.

*(Hello? Fan. Kau kena pergi ke cafe sekarang ini juga.)* Kata seseorang lelaki dari panggilan sebelah.

"Eh? Hali. Kenapa sekarang ini? Bukan nanti petang ke?" Tanya Taufan.

*(Jangan banyak cakap. Pergi ke cafe sekarang. Change of plans bukan nanti petang tapi pagi ini.)*.

"Baik."

*(Sebelum itu. Boleh kau telefon Yaya dan beritahu ini?)*

"Tidak perlu. Dia berada di depan ku masa ini." Katanya dan pandang Yaya.

*(Baik. Jumpa di sana. Tud..tud..)* Letak Hali.

"Yaya. Change of plans. Pertemuan kita nanti dialih kepada pagi ini. Kita perlu ke cafe sekarang juga." Cakap Taufan sambil menutup handphone dia.

"Eh? Tapi Totoitoy macam mana?" Tanya Yaya lalu tunjuk kepada adiknya.

"Kita boleh hantar dia balik. Lagipun kita akan melintas rumah kau dan aku." Jawap dengan tenangnya.

"Baik. Mari adik. Aku hantar kau balik." Kata kakak itu kepada adiknya.

"Kenapa?" Totoitoy tanya.

"Kakak dan abang Taufan ada hal tiba-tiba."

"Ye ke? Baik."

Mereka terus berlari dan hantar Totoitoy ke rumah. Selepas sampai ke rumah Yaya, dia menyuruh adiknya masuk ke dalam dan menyambung larian mereka ke cafe.

.

.

.

.

'Keling, keling.' Bunyi lonceng setelah pintu cafe ditolak. Ini membuatkan 6 orang dewasa berpaling muka kepada orang yang membuka pintu itu.

Mari saya jelaskan siapa mereka,

Pertama, lelaki yang sedang duduk di sofa milik cafe itu sambil bermain dengan handphonenya.

Lelaki itu tengah memakai jaket hitam berjalur merah menyala yang menutup baju T berwarna merah darah dan seluar, kasut sukan yang sepadan dengan jaketnya itu. Dia juga memkai topi kesukaan dia, seperti Taufan tetapi berwarna hitam yang digayakannya ke depan.

Dia adalah sepupu Taufan yang berumur 25 tahun. Boboiboy Halilintar namanya. Dia disifatkan seorang yang dingin dan cepat marah kepada orang di sekelilingnya dan juga terhadap kawan-kawannya, tetapi sifat dia berlainan sikit jika berada dengan Taufan.

Halilintar menganggap Taufan sebagai adiknya kerana nama dan muka hampir sama. Dia sering bercakap bersama Taufan, menjaga dia dan ada juga dia melembutkan hatinya untuk Taufan, tetapi perasaan dingin dan cepat marah tetap ada jika Taufan mula mengejek atau mengacau dia. Lagipun Halilintar juga adalah anak tunggal.

Kini dia telah berkahwin dan berumah tangga selama 4 tahun dan mempunyai 2 anak kembar lelaki, bernama Boboiboy Api dan Boboiboy Thorn. Tetapi dia tetap mempunyai masa untuk meluangkan masa dia bersama kawan-kawannya.

Kedua, seseorang lelaki gemuk yang kini tidak tahan nafsunya untuk makan makanan yang ada di meja itu.

Gopal Kumar panggilan dia. Dia adalah kawan yang paling tua dan selalu mecari pasal dengan orang. Taufan berjumpa dengan dia semasa Taufan berada di universiti.

Semua orang mengenali dia sebagai orang yang kuat makan sehingga mempunyai hutang yang berlebihan kerana meminjam wang untuk membeli makanan. Dia juga suka meminta kawannya membelanjai dia.

Anda tahu siapa mangsa itu? Ya, orang itu adalah watak utama dalam cerita ini.

Tetapi setelah Gopal memperolehi pekerjaan, dengan pelahannya dia membayar hutangnya dan tidak lagi meminjam wang. Tetapi sifat ingin dibelanjakan tetap ada.

Dia memakai baju sweatshirt yang berjalur warna merah dan hijau, berseluar jean, kasut berwarna putih dan headband merah di kepalanya.

Ketiga, iaitu lelaki yang sedang mendukung sesorang bayi lelaki.

Dia memakai baju T tanpa lengan yang berwarna biru muda dengan berseluar hitam dan kasut biru laut yang sepadan. Dia juga memakai topi kesayangannya berwarna biru laut yang digayakan kedepan tetapi ditutupi oleh hoodie nya berwarna biru dan putih.

Dia adalah kawan Taufan sejak rendah dan dia adalah kawan yang paling muda. Nama pemuda itu adalah Boboiboy Air atau Boboiboy Ais sebagai gelarannya. Dia seorang yang pendiam dan selalu tenang. Dia jarang berlepak dan bermain bersama kawan-kawannya, tetapi itu dahulu. Disebabkan dia dibuli kerana sifatnya yang pemalas dan membuatkan dirinya menjadi gemuk, Air sendiri berubah dirinya menjadi orang yang rajin.

Tapi apa kaitan dengan seorang bayi lelaki yang dia dukungnya? Sebenarnya bayi itu bukan dia punya tetapi kepunyaan 2 pasangan suami isteri, iaitu Fang dan Ying.

Lelaki yang berambut dan berkaca mata berwarna ungu, adalah Fang. Dia memakai baju hitam berlengan, jaket hitam ungu yang di ikat kepada pinggangnya dan berkasut sukan.

Dia adalah rival Boboiboy Halilintar sejak dari sekolah rendah lagi dan dia ingin menewaskan Hali dalam perlawanan karate kerana Hali sentiasa menang jika dia bertarung dengan Fang. Dia ingin menjadi orang yang popular dan ingin Hali mengaku bahawa dia jauh lebih hebat daripada Fang.

Ketika itu dia membawa sepapan dulang yang mempunyai lapan cawan Americano di atasnya.

Seseorang perempuan, iaitu isteri kepada Fang, Ying. Dia adalah rival kepada kekasih Taufan sejak sekolah rendah juga. Yaya dan Ying adalah kawan rapat dan selalu menjadi musuh jika bermulanya ujian atau peperiksaan di sekolah. Ying diketahui dari sifatnya yang pemalu tetapi percakapkannya yang cepat.

Dia memakai dress biru kuning, berseluar pendek dan berbut putih. Rambut gaya dia adalah dua ikat ekor kuda. Dia juga memakai kaca mata bulat. Ying ketika itu, dia sedang menolong suaminya dengan membawa sepapan dulang berisi makanan dan membawa ke meja.

Ingin tahu bagaimana mereka berdua boleh berkahwin?

Mereka telah jatuh cinta ketika mereka dalam zaman universiti dan bermula bercinta 3 tahun yang lalu dan baru berkahwin tahun lepas.

Bayi yang didukung oleh Air adalah anak mereka yang pertama dan mereka ingin meraikan hari lahir yang pertama di cafe itu bersama teman-temannya.

Baiklah, yang terakhir sekali. Wah! Sugguh panjang saya menceritakan tentang rakan-rakan Taufan.

Boboiboy Gempa adalah kawan yang berumur 23 tahun dan dikenali sebagai orang yang bijak dan selalu berfikir positif. Dia mempunyai sifat kepimpinan yang dibanggakan oleh kawan-kawannya.

Di sekolah dahulu Gempa memang terpilih menjadi ketua perefek untuk beberapa tahun. Hebatkan dia?

Gempa berada duduk bersebelahan Air dan dia sedang bermain dengan anak kedua pasangan itu.

Dia memakai baju coklat dan berjaket coklat keemasan yang sepadan dengan seluar coklat tanah dan berkasut berwarna hitam putih. Dia juga bertopi yang dipakai dengan gaya ke belakang.

"Datang juga kau!" Kata Fang yang baru meletakan tray ke meja mereka.

"Maaf lambat." Kata Taufan yang masih bernafas keras .

"Hai, bayi yang comel. Selamat hari lahir." Ucap Yaya kepada bayi yang didukung oleh Air dan memegang tangan kecil bayi itu.

"Siapa nama anak kamu, Ying?" Tanya Taufan lalu menghampiri bayi itu.

"Namanya Xiao Ling." Jawap soalan Taufan.

"Tahniah Xiao Ling. HBD." Congrates Taufan yang kini dia mengusap kepala Xiao Ling itu.

"Sudah. Sudah. Mari mulakan sambutan BD ini." Kata Fang.

.

.

.

.

Pagi telah melarut malam dan sambutan hari lahir Xiao Ling telah datang selesai. Semua teman telah pulang ke rumah masing-masing kecuali Taufan dan Yaya yang sedang berjalan kaki pulang menuju pulang.

Ketika itu sepi dan tidak ada perbualan antara kedua kekasih itu hanya kedengaran pernafasan mereka sahaja kerana melakukan kerja mereka sendiri.

Yaya sedang memandang ke langit malam yang indah manakala Taufan sedang memandang Yaya dengan senyumannya yang cerah sekali seperti bulan purnama.

Yaya dengan tenangnya dia menarik nafas perlahan-lahan dan mengeluarkannya. Sungguh tenang Yaya ketika itu dan memandang ke muka Taufan yang masih tersenyum. Yaya membalas senyumannya.

"Fan, kenapa kau pandang aku begitu?" Tanya Yaya hairan.

"Eh? Tidak ada apa-apa." Jawap Taufan yang tidak sedar bahawa dari tadi dia merenung dan sweatdrop kerana kelakuannya sendiri.

"(Hehehehe, maaf Yaya. Kau itu sangat cantik ketika kau memandang ke langit. Kau bagaikan bintang yang cantik di langit malam yang indah.)" Bisik hatinya.

Tiba-tiba Taufan terfikir sesuatu,

"Umm... Yaya."

"Ye?"

"Kau free ke tidak esuk malam?"

"Free. Kenapa?"

"Kau mahu nonton movie esuk bersama aku?"

"Movie? Boleh juga. Aku lama dah tidak nonton wayang. Umm... ini date ke?

"Huh? Apa? Hmm... if kau tidak ingin anggap ini date? Tidak mengapa."

"Jadi ini date ke?"

"Hmmm... Ya?"

"Hehehehehe, kau ni lucu. Bukan kau pernah ajak aku berdate dengan kau?"

"Itu dulu! Dan aku tidak berapa mengenal perasaan ini."

"Oke. Aku patut pergi dulu. Rumah kita dah sampai."

"Baiklah. Bye Yaya! Selamat malam. Assalamulaikum!" Jerit Taufan yang kini Yaya telah berjalan jauh dari dia.

"Waalaikumsalam. Selamat malam juga!" Balas salam Taufan dan membuka pintu rumahnya lalu masuk.

Semasa Yaya menutup pintu rumahnya, dia memandang ke jendela berhampiran dengan pintu utama dan melihat Taufan dengan gembiranya sekali dan menari sampai ke rumahnya. Yang peliknya Yaya telah membuat muka yang sedih.

Apakah yang sedang berlaku?

.

.

.

.

Keesokan harinya iaitu hari Ahad, semua pekerja pasti senang kerana hari itu cuti awam dan pasti semua orang inginkan berehat dan meluangkan masa bersama keluarga atau ingin menggunakan masanya untuk tidur sahaja.

Tetapi Taufan tidak dapat buat seperti pekerja lain. Hari ini, dia perlu pergi ke stesen penyiaran untuk melaksanakan kerja. Sebenarnya dia dapat berehat seperti pekerja-pekerja lain tetapi dia telah ditelefon dan perlu pergi kesana.

"Assalamualaikum, Pengarah Hairul. Kenapa pengarah ingin berjumpa dengan saya?" Tanya Taufan setelah diberi kebenaran untuk memasuki bilik pengarah itu.

"Waalaikumsalam. Oh, Editor Taufan. Editor Syazwan tidak dapat mengedit rancangan ini kerana ada masalah. Jadi saya ingin awak mengambil alih dan mengedit rancangan ini yang akan disiarkan minggu depan. " Menyuruh Pengarah Hairul dan memberi sekeping fail kepada Taufan.

"Baik. Aku akan mulakan hari ini juga."

"Bagus Editor Taufan. Terima kasih."

"Sama-sama."

Taufan menerima fail itu dan keluar dari bilik pengarah itu. Dia terus berjalan menuju ke bilik editor dan membuka pintu itu lalu masuk untuk memulakan kerjanya itu. Itulah kerja rutinnya seharian. Dia kadang-kadang akan membuat kerja jika ada panggilan untuknya.

.

.

.

.

Malam telah tiba dan selepas solat Ishak, Taufan dengan riangnya bersedia untuk memulakan temu janjinya dengan kekasihnya.

Kini dia memakai baju T biru yang seiras dengan mata warna biru krystal. Ditutup oleh jaket biru yang berjalur biru menyala dan bawahnya terdiri dengan seluar hitam dan kasut warna biru yang ada jalur putih di atasnya.

Dia berada di luar rumah yang dan menunggu kekasihnya keluar dari rumahnya. Setelah beberapa minit, Yaya telah keluar.

Dirinya terdiri dengan dress labuh berwarna merah darah, bertudung hijab neelofa berwarna merah jambu dan beg tangan putih. Manakala di bawahnya terdiri dengan skirt pic yang besar lagi labuh dan kasut warna merah yang mempunyai ribon putih di atasnya.

"Assalamualaikum, Fan. Maaf jika terlambat." Maaf Yaya kepada Taufan yang nampak sedang terpegung dengan wajah baru girlfriend ini.

"Eh, waalaikumsalam. Tidak apa-apa. Baru juga 30 minit aku tunggu." Kata Taufan membuatkan Yaya sweatdrop kerana Taufan telah menunggu lama dan membuat itu tidak ada hal.

"Kalau begitu. Mari pergi."

"Ayuh."

Mereka pergi ke kereta Taufan yang telah park di depan rumah supaya senang untuk bertolak. Dengan terujanya, dia telah membukakan pintu kereta untuk Yaya seperti gentleman. Ini membuatkan Yaya malu dan mengelak kecil. Lalu Taufan juga masuk ke kereta Hyundai Velester berwarna biru putih itu dan bertolak.

.

.

.

.

"Ini ia 2 ticket tuan pesan. Terima kasih." Kata penjual perempuan itu sambil menunjukkan kedua ticket kepada Taufan.

"Baik. Sama-sama." Kata Taufan dan pergi untuk giliran pembeli lain yang telah berbaris dibelakangnya sejak tadi.

Taufan dan Yaya bercadang untuk membeli ticket dan makanan secara berseorangan iaitu Yaya membeli 2 minuman dan sebakul popcorn dan Taufan seperti yang dikatakan diatas.

Selepas mereka membeli, mereka hendaklah berjumpa di depan lorong yang menuju ke tempat mereka hendak menonton wayang. Setelah bertemu, mereka masuk kedalam lorong dan pergi ke bilik 2. Mereka diberi duduk di ruang sayap sebelah kanan.

Semua mesti menanya wayang apa mereka lihat? Semestinya cerita hantu.

Semasa mereka menonton, Yaya merasa takut dan menutup mukanya jika ada pekara yang mengerikan. Manakala Taufan kelihatan tenang Cuma dia hanya terkejut besar jika ada sesuatu yang muncul tiba-tiba.

Ketika ada bahagian yang mengerikan, Yaya terus menutup muka dan menjerit sesenyap-senyapnya. Taufan melihat Yaya dengan kesian dan menghampiri mukanya kepada muka Yaya lalu berbisik,

"Jika kau tidak mahu melihatnya? Ayuh pergi."

"Tidak. Jangan. Lagipun wayang ini tidak lama akan habis."

"Kalau begitu. Bare with it, okay?"

"Kay." Kata Yaya yang kini melihat Taufan yang sangat hampir dimukanya dengan senyum manisnya.

Muka Yaya tiba-tiba menjadi merah dan cepatnya mengalih mukanya dari lelaki yang bertopi senget itu.

.

.

.

.

"Akhirnya! Selesai juga wayang tadi, bukan?" Kata Taufan setelah mereka selesai menonton wayang itu.

"Uhuh." Balas singkat Yaya yang masih bergeletar ketakutan.

"Sudah ya, Yaya. Usah takut lagi."

"Baik. Aku mahu ke tandas ya." Kata Yaya yang sudah tentang sedikit dan pergi ke tandas yang berhampiran dengan mereka berdiri.

Semasa Taufan melihat Yaya pergi, dia menghampirkan dirinya kepada dinding bercat oran dan meyandarkan tubuh belakangnya di situ. Tiba-tiba dia terdengar sebuah lagu yang dipasang ke specker, iaitu lagu Aiman Tino: Ku rela dibenci.

"Ku ketawa kau menangis

Engkau tertawa aku menangis

Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti

Hanya yang tinggal igauan mimpimu

ternanti-nanti "

Setelah dia mendengar lagu itu, hatinya merasa tidak senang kerana dia merasa seperti hidupnya akan melalui pekara apa yang ditulis oleh penyanyi itu. Dengan tidak sedarnya, air matanya terus mengalir. Tidak tahu kenapa dia menghapuskan air matanya.

"Kenapa ni, Fan?" Muncul Yaya yang mengedari Taufan sedang menangis.

"Eh? Tidak ada apa-apa." Jawap Taufan seolah tidak apa-apa yang terjadi.

"Ayuh kita pergi makan malam. Aku lapar."

"Baik."

Apakah perasaanya itu menjadi kenyataan?

.

.

.

.

Pada sesuatu hari, Taufan sedang bermain dengan seseorang budak lelaki yang berumuran 4 tahun. Nama budak itu adalah Boboiboy Api iaitu anak kepada sepupu Taufan, Halilintar.

Halilintar meminta Taufan untuk membantu dia untuk menjaga anaknya manakala Halilintar dan isterinya membawa adiknya Boboiboy Thorn ke hospital kerana demam panas.

"Abang Taufan! Cepatlah bawa aku ke taman permainan." Kata Api yang menarik baju jaket Taufan agar membawanya secepat mungkin.

"Ish! Janganlah tarik baju ku."

Tiba-tiba dengan tidak senghaja dia ternampak seseorang wanita yang dikenali bersama seseorang yang akan mirip dengannya yang duduk berhampiran dengan jendela besar di dalam sebuah kedai ais krim terletak disebrang jalan.

Dia terkejut bahawa wanita itu adalah Yaya dan lelaki bersamanya itu adalah Boboiboy Gempa(?) Dia melihat mereka sangat mesra bersama dan dengan hairannya wajah Yaya lebih ceria bersama Gempa daripada dia.

Hati Taufan mula merasa sakit. Adakah Yaya suka Gempa? Fikir Taufan. Untuk memastikan adakah ia adalah benar atau tidak, dia mengambil keputusan untuk pergi ke sana dan mengintip mereka. Tetapi sebelum itu dia terpaksa menyakinkan anak buahnya pergi ke sana dengan dia.

"Api, apa kata kita pergi ke kedai itu." Kata Taufan dan menunjuk ke kedai ais krim itu.

"Tapi. Aku mahu main, bang." Enggan Api.

"Jadi adik tidak mahu makan ais kirm?"

"Huh? Ais krim! Mahu bang. Api mahu!"

"Ayuh pergi."

Mereka mula menyeberang jalan sehala itu dan masuk ke dalam kedai itu. Setelah masuk ke dalam mereka memutuskan duduk berhampiran dengan Yaya dan Gempa tanpa diketahui.

"Baik. Api mahu ais krim apa?" Tanya Taufan setelah diberi menu dari pelayan.

"Api mahu banana split. Ais krimnya vanilla!"

"Baik. Saya mahu pesan ais krim sundae dan banana split ais krim vanilla untuk anak kecil ini." Pesan Taufan kepada pelayan itu.

"Baik." Jawap pelayan dan terus pergi.

Semasa mereka menunggu pesanan mereka, Taufan mula mengintip perbualan Yaya dan Gempa dibelakangnya. Dia sungguh kecewa dengan apa dia dengar,

"Hahahaha. Sungguh seronak aku dapat berbual dengan kau, Yaya. I've been waiting for this you know?" Kata Gempa dengan riangnya.

"Hehehehe. Aku juga seronok, Gem-"

"Tetapi aku tidak dapat bersama dengan engkau." Potong cakap Yaya.

"Maksud?"

"Aku cemburu Yaya. Aku cemburu kau cintakan Taufan." Kata Gempa yang tiba-tiba merendahkan suaranya.

"Gempa."

"Tetapi aku tidak dapat buat apa-apa untuk memberhentikan semua ini."

"Gempa-"

"Aku cintakan kau, Yaya!" Jerit Gempa kecewa.

"Gempa, aku cintakan kau." Kata Yaya pelahan.

"Apa?" Terbantut Gempa apa dia dengar.

"You heard me."

"Tapi, kau dengan Taufan. Apa pasal?"

"Aku sebenarnya tidak mencintainya. Aku hanya anggap dia sebagai abang sahaja. Aku tahu dia cintai aku jadi aku sembunyikan perasaan ini kerana aku takut dia akan kecewa. Kalau boleh kau tidak memberitahu kepadanya ya?"

"Rupanya. Yahoo!" Gembira Gempa dan berdiri dia dari kerusinya sampai terlonjak Yaya.

"Aku ingin ajak kau makan malam esuk malam, boleh?"

"Temu janji ke?"

"Yes! Will you accept my offer?"

"Hmm..."

"Kita sama suka, bukan?"

"Betul. Hmm... baik. I accept the offer, Gempaku." Katanya dengan muka merah.

"Kau panggil Gempaku? Gembiranya aku! Mari kita pergi dari kita raikan kecintaan kita!" Tarik tangan Yaya dan pergi keluar kedai.

Taufan terkedu selepas dia mendengar perbualan mereka dan dengan dia tidak sedar, air mata dia mula menitis ke pipinya.

.

.

.

.

Keesokkan hari, selepas waktu kerja. Yaya dan kawan-kawannya berada di depan bangunan dimana mereka berkerja. Yaya sedang menunggu Gempa tiba dengan keretanya untuk temu janji mereka yang pertama.

Kawan-kawannya yang ada di situ memuji-muji dia bahawa Yaya dicintai oleh Gempa kerana mereka percaya bahawa Gempa itu kaya, kacak dan baik hati diantara kawan-kawan lelaki Yaya.

20 minit telah berlalu dan Gempa telah datang dengan sebuah kereta BMW 6. Dia keluar dari keretanya dan membukakan pintu untuk kekasihnya.

Semua kawan-kawan Yaya merasa cemburu dan mengucapkan selamat untuk mereka apabila kedua pasangan itu mula bertolak. Yaya yang berada di dalam kereta itu, cuma melambai tangannya kepada kawannya.

Pada malamnya, Yaya dan Gempa duduk di sebuah restoran yang mewah di tingkat dua sedang makan malam bersama-sama.

Tetapi tidak ada orang tahu bahawa ada seseorang lelaki melihat pergaulan mereka dari luar. Lelaki yang memakai topi senget. Ya, Boboiboy Taufan adalah orangnya.

"Mereka sangat mesra bersama. Kenapa kau buat aku begini, Yaya? Kenapa kau sanggup menipu aku yang kau tidak mencintai aku? Apakah ujian ini Ya Allah? Aku tidak sanggup melihat semua ini." Bisik Taufan yang kini dia telah menangis. Setelah beberapa minit dia menangis, dia memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja.

.

.

.

.

Habisnya temu janji kedua pasangan itu dan Yaya sedang jalan kaki pulang ke rumahnya. Anda mesti ada tertanya kenapa Gempa tidak menghantarnya? Sebenarnya Yaya tidak mahu menyusahkan Gempa kerana tempat tinggal Gempa jauh dari dia.

Selepas 30 minit dia berjalan, akhirnya sampai juga ke rumah. Sebelum dia membuka pintu rumahnya, dia ternampak seseorang di depan rumah jirannya itu. Dia menghampiri orang itu dan berjumpa dengan Taufan. Taufan sedang duduk di depan rumah sambil pandang ke langit dengan muka sedih.

"Taufan. Kenapa tidak kau masuk ke rumah?" Tanya Yaya.

"Saja aku ingin melihat langit."

"Ohh. Aku pergi dulu ya." Kata Yaya yang mula pergi ke rumahnya.

"Tunggu dulu." Kata Taufan yang tiba-tiba berdiri.

"Kenapa?" Hairan Yaya yang kini mereka saling memandang.

"Kau sukakan aku ke?" Tanya Taufan pelahan.

"Eh? Mestilah, Fan." Jawap Yaya dengan sikit terkejut soalan yang diberikan.

"Ohh." Senyum Taufan lalu dia masuk ke rumah. Sebenarnya senyumannya itu bukan senyuman yang tulus tetapi senyuman palsu.

"Aaaa... Selamat malam, Fan." Kata Yaya lalu dia pergi juga. Nampaknya dia tidak dapat baca senyuman itu.

~TBC

A/N: Maaf fellow readers jika terlalu panjang. Aku perlu buat begini untuk memberi maksud kepada lirik ini,

Ku ketawa kau menangis

Engkau tertawa aku menangis

Hanya dirimu oh sayangku

Don't mind to review kay?

See you on the next chapter,

AnginTaufanGalaxy