"Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi anda akan sampai di stesen berikutnya. Terima kasih kerana memilih Yong Pin Aerotrain."

"Angin, tolong kejutkan Abang Petir. Kita dah nak sampai dah," kata salah satu penumpang kereta api. Dia memakai baju lengan panjang dan jaket warna merah, yang dia selalu tinggal tak zip, bersama topi merah yang menghadap ke belakang. Namanya Tanah. Dialah yang paling tua antara adik-beradiknya.

Adiknya yang paling muda, Angin, memakai t-shirt di lapis dengan jaket kuning yang di zip penuh. Dia hairan macam mana abang keduanya boleh tidur semasa naik kereta api. "Abang, bangun," katanya, menggoncang tubuh abangnya dengan perlahan.

"Cepat Petir, kita nak sampai ni," tambah Tanah.

Petir mengeluh dan terus duduk tegak di kerusinya. Dia adalah adik Tanah dan juga abang kepada Angin. Dia membaiki posisi topi oren milik dia ke depan dan zipkan jaketnya yang juga berwarna oren sampai separuh.

Ketika kereta api berhenti, Tanah dan adik-adiknya mengambilkan beg mereka dan berjalan menuju pintu yang sudah dibuka. Di luar, atuk mereka, yang dikenali sebagai Tok Aba, sedang tunggu kedatangan mereka.

"Atuk!" panggil Petir dan Angin lalu meninggalkan semua beg yang mereka bawa di luar pintu kereta api dan melari untuk jumpa atuk mereka. Tanah hanya tersenyum tengok adik-adiknya memeluk atuknya. Selepas mengumpulkan beg-beg yang di abaikan oleh Petir dan Angin, dia sambung berjalan ke atuknya.

"Assalamualaikum, Atuk," Tanah kata, menyalam atuknya.

"Waalaikumusalam," balas Tok Aba. "Dah besar dah cucu-cucu atuk. Semua sihat?"

"Sihat! Sihat sangat!" jawab Angin.

"Kalau dah okay, jom kita balik rumah atuk."

Angin, Petir dan Tanah angkat barangan mereka dan pergi ikut Tok Aba.

"Kami datang hanya untuk beberapa bulan sahaja. Tapi ibu dan ayah cakap, kami boleh tinggal sini kalau nak," Tanah beritahu sambil mereka masuk ke dalam rumah.

"Ya lah. Ayah awak semua kan sibuk. Senanglah kalau mereka tak perlu risau tentang anak-anak mereka ketika pergi keluar. Atuk pun tak kisah kalau cucu-cucu atuk nak tinggal sini. Tak sepi sangat," kata Tok Aba. Mereka semua naiki tangga ke tingkat dua. Tok Aba membuka satu pintu di hujung tangga lalu menekan suis lampu. "Nah. Ni bilik awak semua kongsi!"

Tanah, Petir dan Angin memasuki bilik tersebut dan mata mereka terus membesar. Ada tiga meja belajar di hujung bilik, belakangnya ada tingkap dan juga almari buku sebelahnya. Di sebelah kanan, ada bilik mandi dan dua katil. Satu katil biasa dan satu katil dua tingkat. Sebelah kiri ada laci dan almari.

"Wah! Atuk ke yang siap-siapkan bilik ni?" tanya Angin, lalu melari ke arah tingkap. Tanah dan Petir meletakan semua beg mereka di tepi katil.

"Atuk dan pelanggan setia di kedai Atuk," jawab Tok Aba dengan bangga.

"Wah. Bestnya!" kata Angin mengagumi pandangan kawasan kejiranan dari bilik mereka.

"Pelanggan setia? Gopal?" tanya Tanah, mengingat kawan lamanya.

"Mestilah dia. Kalau dapat air percuma, mesti dia nak tolong. Dah lah tu, dia tak sabar nak jumpa awak semua esok," jawabnya Tok Aba sambil menurun tangga. "Dah, kamu semua tidur dulu. Nantikan tak sempat pergi sekolah."

"Baik Atuk," jawab Tanah lalu menutup pintu.

Petir yang sejak tadi tengah memeriksa kedua-dua katil terus bersuara, "Petir nak tingkat atas."

"Semua boleh jalan ke sekolah sendiri kan?" Tok Aba tanya pada keesokan hari.

"Boleh atuk. Cuma kami tak tahu dekat mana," jawab Tanah.

"Takpa. Atuk dah minta Yaya teman awak semua,"

"Hai!" Muncul seorang gadis.

"AAAA!" jerit Angin.

"Tu pun awak," kata Tok Aba.

"Yaya, Tok Aba cakap awak akan teman kami ke sekolah," kata Tanah kepada gadis tadi.

"Betul!" Yaya mengangguk sebelum mulai perjalanan. "Ikut sini!"

"Assalamualaikum atuk!" Panggil Ketiga-tiga adik beradik sambil berlari ikut Yaya.

Selepas beberapa minit berjalan, Yaya memecah kesunyian, "Semalam, Tok Aba dah cerita dah awak semua akan datang. Abang Gopal tak sabar dah. Angin darjah enam lagi kan?"

"Betul," Angin mengangguk.

"Nasib baik Sekolah Rendah seberang jalan. Tak jauh sangat."

"Jalan besar ke?" Tanah menanya.

"Mestilah tak. Pakcik Papazola ajar matematik di Sekolah Menengah."

"Pakcik awak?" Petir mengangkat kening.

"A'ah. Dia juga mengajar Pendidikan Jasmani," Yaya memberitahu sambil mereka sampai di satu pagar berwarna coklat. "Dah sampai pun kita! Sekolah Rendah Pulau Rintis!"

Di sebalik pagar, ada laluan luas menuju ke bangunan sekolah dan kantin.

"Wah! Besarnya!" Angin kata memasuki kawasan sekolah.

"Adik boleh cari jalan sendirikan?" Tanah menanya.

"Boleh!" jawap Angin.

"Ingat nanti jangan lintas jalan sendiri. Tunggu abang dalam pagar."

Angin hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, kita pergi dulu!" Yaya kata, melintas jalan ke Sekolah Menengah Pulau Rintis.

"Lain sikit dari sekolah dulu," Petir kata, melalui pagar berwarna hitam. Depan mereka ada tiang bendera di mana Jalur Gemilang dikebar.

"Ni pertama kali Yaya ke sini juga," Yaya beritahu. "Tu pun Abang Gopal!"

" Tak sangka dia pergi sekolah awal," kata Tanah sambil mereka jalan ke kawan mereka.

"Biasanya kalau hari pertama, Pakcik Kumar akan suruh Abang Gopal datang awal," Yaya menerangkan sebelum memanggil, "Abang Gopal!"

Yang dipanggil terus berpaling. "Dey Yaya! Tanah! Petir!"

"Lama tak jumpa!" Tanah menjabat tangan dengan kawannya.

"Tok Aba cakap dah awak datang. Suka tak saya susun bilik?" Gopal menanya.

"Okay lah. Kata Tok Aba ada orang minta air free sebab tolong."

Belum sempat Gopal menjawab, "Jom kita masuk. Boleh Abang Gopal tunjuk kelas kita," ajak Yaya.

"Abang rasa kita terus pergi ke kedai atuk," Tanah memberitahu, semasa dia dan adik-adiknya bertemu di pagar sekolah rendah.

"Kalau macam tu, saya ikut."

"Eh, Gopal? Bukan awak kata nak balik rumah tadi?" tanya Tanah.

"Tu tadi," jawab Gopal. "Biasanya saya pergi ke Kokotiam dengan Yaya bila dia dah habis kerja sekolah."

"Okay. Jom kita pergi."

Dalam beberapa minit, mereka tiba di sebuah taman dan terus jalan ke satu-satunya gerai di situ, Tok Aba's Kokotiam.

"Tok Aba, Special Hot Chocolate satu." pesan Gopal.

"Okay," jawap Tok Aba. "Macam mana sekolah?" tanyanya kepada cucu cucunya.

"Macam biasa," jawab Petir.

"Okay. Tapi sekolah ni rasa lain sikit," jawab Angin.

Tanah angkat bahunya. "Biasa-biasalah,"

"Baguslah tu kalau okay," kata Tok Aba, meletakan pesanan Gopal di depannya.

"Ada apa-apa yang boleh tolong tak, atuk?" tanya Tanah.

"Ada. Boleh tolong cuci gelas dan pinggan, boleh tolong lap meja, boleh juga buat kerja sekolah," kata Tok Aba.

"Buat kerja sekolah pun boleh tolong?" tanya Angin, namun tak ada orang menjawab.

"Sambil kamu semua ada, atuk pergi solat dulu. Boleh kan tolong jaga kedai?"

"Boleh!" kata Tanah.

Selepas Tok Aba pergi, ketiga-tiga arik beradik mula memberi tugasan. "Siapa nak habiskan kerja sekolah dulu?" tanya yang sulung.

"Abang Petir dulu," kata Angin, menunjuk ke abangnya.

"Pasal pulak?" kata Petir, tak terima keputusan adiknya. "Kan Angin paling muda. Sepatutnya Angin lah yang buat."

"Sebab tu lah abang buat dulu. Abang kan yang tengah. Tak muda, tak tua."

Petir mengerut dahinya, tak boleh nampak logik dalam alasan Angin. "Alas-"

"Sudah-sudah. Angin pergi belajar dulu," Tanah potong. "Petir pergi lap meja. Biar abang cuci pinggan."

Angin geleng, tak setuju dengan keputusan Tanah. "Kenapa pulak Angin yang belajar?"

"Sebab Angin tak pandai lap meja. Apa lagi cuci pinggan."

"Saya balik dulu," kata Gopal, menganggu pergaduhan antara cucu-cucu Tok Aba dan terus lari dari gerai.

"Tapi awak kan tak bayar lagi," Tanah memanggil.

"Hutang hutang!" jawab Gopal dari jauh.

Tanpa membuang masa, mereka terus ke tugas masing-masing.

"Anda ni Tanah kan?" tanya seorang di depan gerai.

Tanah, yang sedang di singki terus menutup air dan lap tanggannya. "Ya ya. Nak o-" Tanah terhenti bila dia nampak satu bola berwarna kuning menerbang di depannya.

Bola bermata biru itu meletakkan dirinya di atas kaunter. "Tak apa. Saya bukan datang untuk minum atau makan. Nama saya Ochobot. Saya di arahkan ke sini untuk cari anda dan adik-adik anda."

"Untuk apa?" tanya Tanah.

"Saya rasa lebih baik kalau kita pergi kumpul kedua dua adik anda. Tak payah saya nak terangkan dua kali," kata Ochobot, menerbang menuju Petir dan Angin.

Bila Tanah, Petir dan Ochobot sudah berkumpul di meja Angin, bola kuning itu mula menerangkan misinya, "Saya diprogram untuk ke sini dan cari awak bertiga. Ada alien yang akan datang ke bumi dan awak semua di pilih untuk tolong melindungi bumi seperti pasukan superhero sebelum ni."

"Pasukan superhero?" tanya Angin.

"Betul tu. Dulu ada alien bernama Ejojo datang untuk menakluki bumi. Tiga superhero dapat kalah kan Ejojo setiap kali dia datang."

"Jadi sekarang kami perlu hentikan alien yang lain?" tanya Tanah. "Macam mana?"

"Sebagai Sfera Kuasa, saya ditugaskan untuk bagi kuasa kepada anda semua."

"Kuasa?" tanya Petir.

Ketiga-tiga adik beradik menutupi mata semasa Ochobot mengeluarkan cahaya yang menyilaukan. Bila cahaya sudah mereda, mereka nampak ada jam tangan di pergelanggan tangan mereka.

"Jam tangan? Untuk apa?" tanya Petir.

"Itu bukan jam biasa tapi jam yang memberi anda semua kuasa. Jam Kuasa!" Ochobot menerangkan.

"Yay! Kita jadi superhero!" sorak Angin dengan senyuman besar.

"Tapi apa kuasa kita?" tanya Tanah, memeriksa jamnya.

"Kerana saya hanya boleh memberi kuasa elemen, saya bagi anda semua ikut nama-nama masing-masing!"Ochobot beritahu. "Tanah dapat kuasa elemen tanah. Petir dapat elemen kilat petir. Angin diberi kuasa angin."

"Tapi macam mana kita nak guna kuasa ni?" tanya Angin.

"Nanti saya boleh ajar," jawap Ochobot. "Harap-harap kita sempat berlatih sebelum alien tu datang. Dan satu peringatan, tiada sesiapa pun boleh tahu tentang ni."

"Maksudnya kita tak boleh bagi tahu orang lain pasal kuasa ni?" tanya Tanah.

"Yang anda semua mempunyai kuasa-kuasa ni dan juga tentang keberadaan saya."

"Kenapa?"

"Sebab kalau alien-alien jahat dapat tahu siapa awak semua, kemungkinan besar keluarga anda akan terancam," jelas Ochobot. "Dan ada juga alien yang lebih membahayakan sedang cuba mengesan sfera kuasa seperti saya. Jika mereka dapat tahu ada sfera kuasa di bumi, saya tak pasti sesiapa semua boleh halang mereka!"

"Tok Aba pun kita tak boleh bagi tahu?" tanya Angin.

"Saya tak pasti. Tapi sebolehnya tak."

"Macam ni, kita rahsiakan semua ni sampai kita perlu beritahu atuk," Tanah memutuskan.

"Ini bilik kita," Angin beritahu Ochobot. Mereka baru sudah balik selepas Tok Aba tutup kedai. Ochobot mengikut mereka pulang, tanpa pengetahuan Tok Aba, supaya dia boleh kejut mereka jika ada kecemasan

"Akhirnya kita boleh tidur," kata Petir, terus memanjat tangga ke katilnya lalu merebah diri.

"Mandi dulu, solat, baru tidur. Angin pun," Tanah menyuruh.

"Tapi Angin tak ngantuk lagi..." adiknya membantah.

"Tapi Petir ngantuk sangat," Petir kata di sebalik bantal.

Tanah hanya boleh menepuk dahinya. "Suka hatilah adik. Asalkan ingat nak solat."

--

Authors Notes:

Bilik mereka macam dalam cerita cuma lain katil dan meja. Sekolah menengah pula ambil daripada episod Bahagia Bersama Boboibot.

Ochobot nampak macam dia masa sebelum upgrade.

Rasa itu sahaja. Jika ada persoalan, silalah tanya dalam review. Terima Kasih untuk sudah membaca.

-

Note Ekstra: Cerita ini sudah saya edit sikit. Bukan dari segi jalan cerita, cuma typo (rupanya ada banyak :P) dan beberapa perkataan sini-sana. Dan saya extend sikit perlawanan dalam Chapter 13 dengan menambah dua tiga ayat.